Masa Itu Emas |
|
Info Kursus |
PERCUMA~Bengkel Asas Fotografi 2013 Anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara kerjasama Pusat Inovasi, Latihan Dan Multimedia Penaga ~Syarat-syarat penyertaan: Berumur 18thn-40thn, Tiada yuran dikenakan~Setiap Sabtu dan Ahad bermula 10hb Nov - 7hb Dec 2013(5 hari Sahaja)10.00 Pagi - 5.00 Petang. Tempat : Pusat Inovasi, Latihan Dan Multimedia (ICT) Penaga S.P.U.(Berhampiran Pejabat Pos Penaga)Berminat? SMS nama,no.k/p,alamat dan no. telefon ke 014-2535343 sebelum 8hb Nov 2013~
|
Program Percuma Di ICT |
Program e-Komuniti PERDA : Kursus Asas Literasi Komputer & Internet serta Kursus Pembinaan Laman Web |
Dia Di Hati |
|
Kata Hikmat |
Seseorang manusia harus cukup rendah hati utk mengakui kesilapannya, cukup bijak utk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani utk membetulkan kesilapannya. |
Info Terkini |
|
|
Wira-Wirawati PLKN Kem Syruz Ke Penaga.. |
Ahad, 10 Mei 2009 |

Label: PLKN |
posted by Pusat Inovasi, Latihan & Multimedia, Penaga @ 5/10/2009 03:05:00 PTG   |
|
|
Pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records.. |
|

 Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Penaga dan kerjasama dari Pusat Inovasi, Latihan Dan Multimedia Penaga telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records atas Tayangan Serentak '1957~Hati Malaya' yang ditayangkan seluruh negara pada 12hb Oktober 2008 yang lalu. Majlis penyerahan sijil telah disampaikan oleh YB Dato' Hj. Azhar Bin Ibrahim dan disaksikan oleh Pegawai dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Pengurus Pusat Inovasi, Latihan dan Multimedia Penaga, En. Ab Majid Bin Othman. Sedikit info... Biro Tatanegara selaku Jawatankuasa Pemupukan Semangat Patriotisme telah menganjurkan tayangan filem 1957 Hati Malaya, sebagai pengisian kepada program Semangat Merdeka. Program ini telah dilancarkan pada 19 Ogos 2008 di Alamanda, Putrajaya. Manakala majlis penutup program ialah pada 15 Oktober 2008. Tayangan filem Hati Malaya dilakukan secara serentak di seluruh negara pada 12 Oktober 2008. Tujuan tayangan ini adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan sejarah mengenai peranan orang-orang Melayu di dalam menuntut kemerdekaan negara kepada anak-anak muda. Program ini telah tercatat dalam "The Malaysia Book Of Records". Label: Gerakan Belia 4B Caw.Penaga |
posted by Pusat Inovasi, Latihan & Multimedia, Penaga @ 5/10/2009 02:49:00 PTG   |
|
|
Asal Penaga... |
|

Cerita Dahulu kala....Nama Penaga berasal daripada sejenis pokok yang terdapat di kawasan itu.Pokok Penaga merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Mesua aff. assamica (King et Prain) Kosterm. Pokok Penaga
Nama Lain: Iron wood tree,mesua naghas(perancis),nagkesara(india dan sanskrit).
Pengelasan saintifik Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Famili: Clusiaceae
Genus: Mesua
Spesies: M. aff. assamica
Asal: India Keterangan: Merupakan sejenis pokok dengan batang yang berwarna coklat pucat. bahagian dalam kulit batangnya mengandungi resin yang berwarna jernih.Pucuknya berwarna merah dan daunnya berwarna hijau. daunnya berbentuk ringkas dengan saiz 6.5-12 X 1.5-4 cm.Bunganya berwarna putih dan berbau wangi. Kegunaan:
Di burma bunganya digunakan sebagai penawar gigitan ular berbisa.Manakala dinegara ini bunganya digunakan untuk mengembalikan kecergasan selepas proses bersalin.Bijinya yang telah ditumbuk, ataupun minyak yang diperah dari bijinya digunakan menyembuhkan luka dan merawat jangkitan kulit.
Label: Sejarah.. |
posted by Pusat Inovasi, Latihan & Multimedia, Penaga @ 5/10/2009 01:18:00 PTG   |
|
|
Kosmo! 7hb Mei 2009 |
Sabtu, 9 Mei 2009 |

KOMUNITI KITA- 45 sertai Kursus Asas Kecantikan
SEBAHAGIAN peserta yang menamatkan kursus asas kecantikan di Kompleks Penghulu Penaga di Kepala Batas baru-baru ini.
BERKETERAMPILAN. Seramai 45 peserta dari beberapa kampung sekitar Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang mengikuti kursus asas kecantikan selama lima minggu di Kompleks Penghulu Penaga baru-baru ini. Kursus tersebut dianjurkan oleh Pusat Inovasi Latihan dan Multimedia daerah Seberang Perai Utara dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan daerah. Pengurus pusat itu, Abdul Majid Othman berkata, peserta diajar pelbagai cara menjaga kecantikan diri di samping bimbingan beberapa penceramah untuk menjadi usahawan berjaya dalam bidang berkenaan. Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Datuk Azhar Ibrahim menyampaikan sijil kepada peserta pada kursus yang kali pertama dianjurkan itu. Label: Kosmo.. |
posted by Pusat Inovasi, Latihan & Multimedia, Penaga @ 5/09/2009 07:15:00 PTG   |
|
|
|
|