Pusat Inovasi, Latihan dan Multimedia Penaga Seberang Perai Utara

Kompleks Penghulu,13100 Penaga S.P.U Tel : 04-351 6344 / 04-575 1344 ~Maklumat Bersama Anda~

 
Masa Itu Emas
Info Kursus
PERCUMA~Bengkel Asas Fotografi 2013 Anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara kerjasama Pusat Inovasi, Latihan Dan Multimedia Penaga ~Syarat-syarat penyertaan: Berumur 18thn-40thn, Tiada yuran dikenakan~Setiap Sabtu dan Ahad bermula 10hb Nov - 7hb Dec 2013(5 hari Sahaja)10.00 Pagi - 5.00 Petang. Tempat : Pusat Inovasi, Latihan Dan Multimedia (ICT) Penaga S.P.U.(Berhampiran Pejabat Pos Penaga)Berminat? SMS nama,no.k/p,alamat dan no. telefon ke 014-2535343 sebelum 8hb Nov 2013~
Program Percuma Di ICT
Program e-Komuniti PERDA : Kursus Asas Literasi Komputer & Internet serta Kursus Pembinaan Laman Web
Dia Di Hati
Kata Hikmat
Seseorang manusia harus cukup rendah hati utk mengakui kesilapannya, cukup bijak utk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani utk membetulkan kesilapannya.
Info Terkini
Jawatan Kosong

Nukilan Hang Nadim

SPA Online

MARA

Utusan Malaysia

ILP Kepala Batas

Kosmo!

Media Permatang Pauh

Info Pendidikan

Suara Generasi Baru

SMK Sri Muda Penaga

SK Penaga

Ahad, 22 Jun 2014
Utk peserta Kursus Perniagaan dan Pemasaran Produk Secara Atas Talian 

Tengok2 juga...tlg isi borang penilaian ...klik link ni ek...  

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?usp=sharing&hl=en&forcehl=1&formkey=dHhuRFZiajlVNkRkNUVJNS0zeUc2Mnc6MA#gid=0

TERIMA KASIH....






posted by Pusat Inovasi, Latihan & Multimedia, Penaga @ 6/22/2014 03:26:00 PTG   0 comments
Bengkel Asas Fotografi 2013
Khamis, 7 November 2013


PERCUMA~Bengkel Asas Fotografi 2013 Anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara kerjasama Pusat Inovasi, Latihan Dan Multimedia Penaga ~Syarat-syarat penyertaan: Berumur 18thn-40thn, Tiada yuran dikenakan~Setiap Sabtu dan Ahad bermula 10hb Nov - 7hb Dec 2013(5 hari Sahaja)10.00 Pagi - 5.00 Petang. Tempat : Pusat Inovasi, Latihan Dan Multimedia (ICT) Penaga S.P.U.(Berhampiran Pejabat Pos Penaga)  Berminat? SMS nama,no.k/p,alamat dan no. telefon ke 014-2535343 sebelum 8hb Nov 2013~
posted by Pusat Inovasi, Latihan & Multimedia, Penaga @ 11/07/2013 05:59:00 PG   0 comments
Masuk Paper Kosmo Lagi - 30hb April 2010
Sabtu, 1 Mei 2010
PESERTA kursus solekan dan dandanan menunjukkan sijil masing-masing di Kepala Batas baru-baru ini.


KECANTIKAN. Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang menganjurkan kursus solekan dan dandanan kepada 30 wanita negeri ini di Pusat Inovasi, Latihan dan Multimedia Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.Kursus berlangsung selama lima minggu pada setiap Ahad itu dibimbing oleh jurusolek Mohd. Nasir Md. Yusop dari Penaga.Menurut urusetia kursus itu, Nafhatun Nazirah Ab. Majid, program itu dianjurkan bagi menyediakan bimbingan ilmu solekan dan dandanan kepada peserta yang rata-ratanya merupakan juruandam di kawasan masing-masing.Majlis penutup dan penyerahan sijil tamat kursus disampaikan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan SPU, Puan Salmiah Md Ali.

Label:

posted by Pusat Inovasi, Latihan & Multimedia, Penaga @ 5/01/2010 09:54:00 PG   0 comments
Hanya Suka-suka sahaja...
Selasa, 19 Mei 2009


17hb Mei 2009 di SuperBowl Park Avenue Sungai Petani Kedah

Pertandingan Bowling anjuran Pemuda UMNO Taman Bertam Indah dengan Kerjasama Biro Sukan Dan Latihan UMNO Bahagian Kepala Batas S.P.U menjadikan sebahagian daripada aktiviti `riadah sambil bersantai' Art World Project selepas berhempas-pulas bekerja di Kuala Muda Penaga pada 16hb Mei yg lalu..Adat bertanding...menang kalah dh menjadi lumrah...Namun bagi Art World Project, bukanlah hadiah menjadi ukuran, glamour menjadi impian...Tapi ia satu pengalaman yg baru dan berharga disamping dpt mengeratkan hubungan sesama 'kengkawan Art World Project' yg baru sebulan ditubuhkan...
Keputusan nye...Art World Project B mengalahkan Art World Project A...hehehe...yang lain abaikan...Bak kata Nabil....LU PIKIR LA SENDIRI.....


Yang Penting Heppy...

Label:

posted by Pusat Inovasi, Latihan & Multimedia, Penaga @ 5/19/2009 11:40:00 PTG   1 comments
Wira-wirawati PLKN Ke Kuala Muda Penaga


~Kenangan 16hb Mei 2009~

Meriah....
Peserta Program Latihan Khidmat Negara Ke Kuala Muda Penaga dalam siri Program Khidmat Masyarakat yg menjadi sebahagian Modul dlm program PLKN...

Antara tempat yg dikunjungi..
  • Kilang Perusahaan Keropok Lekor 'Anak Mami' yang diusahakan oleh Pak Musa
  • Ladang Ternakan Kambing dan Ketam yg diusahakan oleh Belia Kuala Muda bersama En.Mohammed Wan Chik
  • Pusat 'Bisik-bisik' - tempat pengumpulan dan penjualan ikan
  • Kawasan sekitar pantai Kuala Muda - acara sukaneka dan bermain layang-layang
Disamping itu, bagi memeriahkan suasana, kugiran tepi pantai pimpinan 'Pak Din' dijemput untuk menghiburkan tetamu yg hadir pada hari itu. Acara sukaneka bersama komuniti Kuala Muda juga diadakan. Acara 'istana pasir' merupakan acara yg paling menyeronokkan bagi wira-wirawati PLKN dimana kreativiti mereka diadili dan dijadikan 'tontonan' kpd penduduk Kuala Muda yg berada di sana. Tepuk...tepuk...Terima Kasih...Syukran...

Label:

posted by Pusat Inovasi, Latihan & Multimedia, Penaga @ 5/19/2009 11:01:00 PTG   0 comments
Wira-Wirawati PLKN Kem Syruz Ke Penaga..
Ahad, 10 Mei 2009













Meriah....

Sebahagian dari wira-wirawati PLKN Kem Syruz Bukit Mertajam ke Penaga dalam sesi 'Lawatan Bersama Komuniti Penaga' pada 02hb Mei 2009 yang lalu.Ia adalah sebahagian dari program Khidmat Komuniti yang ada dalam modul PLKN.Pusat Inovasi, Latihan Dan Multimedia di bawah seliaan NNAM Enterprise yang menguruskan program lawatan ini mendapat kerjasama sewajarnya dari Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Penaga, JKKK dan penduduk sekitar Penaga terutama penduduk Taman Sejahtera Rakyat dimana taman ini merupakan destinasi terakhir dalam siri lawatan ke Penaga pada kali pertama ini. Lawatan kedua akan menyusul pada 16hb Mei 2009 bertempat di Kuala Muda Penaga. Pihak Pengurusan NNAM Enterprise akan memastikan program yang akan berlangsung pada sabtu depan akan berjalan lancar dgn jayanya. ....

Label:

posted by Pusat Inovasi, Latihan & Multimedia, Penaga @ 5/10/2009 03:05:00 PTG   0 comments
Pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records..



Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Penaga dan kerjasama dari Pusat Inovasi, Latihan Dan Multimedia Penaga telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records atas Tayangan Serentak '1957~Hati Malaya' yang ditayangkan seluruh negara pada 12hb Oktober 2008 yang lalu. Majlis penyerahan sijil telah disampaikan oleh YB Dato' Hj. Azhar Bin Ibrahim dan disaksikan oleh Pegawai dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Pengurus Pusat Inovasi, Latihan dan Multimedia Penaga, En. Ab Majid Bin Othman.


Sedikit info...

Biro Tatanegara selaku Jawatankuasa Pemupukan Semangat Patriotisme telah menganjurkan tayangan filem 1957 Hati Malaya, sebagai pengisian kepada program Semangat Merdeka. Program ini telah dilancarkan pada 19 Ogos 2008 di Alamanda, Putrajaya. Manakala majlis penutup program ialah pada 15 Oktober 2008. Tayangan filem Hati Malaya dilakukan secara serentak di seluruh negara pada 12 Oktober 2008. Tujuan tayangan ini adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan sejarah mengenai peranan orang-orang Melayu di dalam menuntut kemerdekaan negara kepada anak-anak muda. Program ini telah tercatat dalam "The Malaysia Book Of Records".

Label:

posted by Pusat Inovasi, Latihan & Multimedia, Penaga @ 5/10/2009 02:49:00 PTG   0 comments
DiSebalik Nama

Photobucket Nama Pusat: Pusat Inovasi, Latihan & Multimedia, Penaga
Lokasi: Penaga, Malaysia
Info: Telah Beroperasi sejak tahun 2007 dan diuruskan oleh NNAM Enterprise bersama Bishrie Dot Com.
Lihat Profile

Imbasan
Diari Bulanan
Powered by

BLOGGER

© 2005 Pusat Inovasi, Latihan dan Multimedia Penaga Seberang Perai Utara Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures